Sunday, March 1, 2009

CINTA

Hanya sedikit sahaja yang ingin kembali kepada-MU YA ALLAH. Hanya sedikit yang ingin mendapatkan kebahagiaan dan ketenangan hakiki. Termasuklah diriku.
Sedikit sahaja yang sanggup berkorban untuk bahagia di sisi-MU. Sedikit sahaja yang yakin bahawa hanya dengan-MU sahajalah ada ketenangan. Sedikit sahaja yang mendambakan kasih dan perhatian-MU. Termasuklah diriku yang lalai dan jahil ini. YA RABBI, jadikanlah aku hamba-MU yang bersyukur dengan sekecil-kecil nikmat yang KAU berikan, sabar dengan ujian yang ENGKAU timpakan, tawakal dalam usaha, redha dengan ketentuan-MU dan keampunan diatas segala dosaku. Ya allah bagaimana akan ku harungi hidupku andainya tiada cinta-MU di hati ini? Ke mana hendak ku palingkan wajahku ini andainya tiada ruang dihatiku untukku isikan dengan cinta kepada-MU?? Ya rasulku, maafkan aku kerana melupaimu. Maafkan aku kerana lupa akan cintamu kepadaku…. Ya rasulku, aku terlalu asyik mengejar cinta dari ADAM sehingga aku lupa untuk belajar mencintaimu……….

0 ulasan: