Sunday, March 1, 2009

BERSYUKURLAH DENGAN SEKeCIL-KECIL NIKMAT

masih ingatkah lagi lagu "Sendu sendawa" yang dinyanyikan oleh kumpulan Mustika? kalau tak ingat disini saya sertakan liriknya. Semoga dapat dihayati oleh kita semua:

'Tidak sempurna iman
Jika kau tidur dalam kekenyangan
Sedang jiran tetanggamu
Menangis kerana kelaparan' - Al-Hadis
Dua kata yang berbeza dicantum menjadi satu
Tetap tidak kan sama maksudnya
Berlain sifatnya, nilainya, hikmatnya
Sendu dan sendawa
Adakah kau tahu
Siapakah mereka jiran tetanggamu
Pernahkah engkau melihat
Apakah dalam sendu atau sendawa
Kenalilah dan bertegurlah sapa
Dengan akhlak yang mulia
Hidup berjiran susah dan senang
Suka dan duka dirasa bersama
Hak tetangga berkenal bermesra
Hak tetangga menggembirakannya
Hak tetangga bertanya khabarnya
Makan minumnya semua Kenalilah jiran kita
Hormatilah kita sesama kita
Hormatilah jiran kita, bersaudara...
Hak tetangga menutup aibnya
Hak tetangga doakan mereka
Hak tetangga menjaga hartanya
Sakit demamnya
Hormatilah jiran kita
Kita sesama kita
Bersaudara ibarat pohon tumbuh merendang
Jadi teduhan musafir lalu
Hujan dan panasnya
Bersaudara ibarat tubuh manusia
Satu anggota terasa sakit
Sakitlah seluruh anggotanya Sumbangan dari: http://qirana.cjb.net/
Didalam lirik ini menyeru kita supaya mengambil berat akan keadaan jiran kita. Kesihatannya, makan minumnya serta menjaga aibnya. Betapa didalam Islam kita disuruh supaya tidak mementingkan diri sendiri. Kita semua adalah berjiran. xkirala jiran sebelah rumah, kampung, negeri malah negara. Wajib juga kita menutup keaiban jiran kita. xusah la nak mengungkit kisah silam atau menyebarkan cerita jiran kita. xada faedahnya. Xpasal2 dapat dosa free. dari mencaci cela sini sana baiklah kita nasihatkan dia untuk berubah. Jangan dipinggirkan mereka.jangan di biarkan mereka terus terkapai-kapai.
Kita di Malaysia beruntung kerana dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah sehingga tanpa kita sedari kita telah melakukan perkara yang ditegah oleh Islam - iaitu PEMBAZIRAN. walau miskin mana pun kita kat sini, rasanya takder lagi yang mengalami kekurangan zat makanan yang terlampau. Alhamdulillah. Disini masih lagi ada golongan yang bermurah hati untuk bersedekah dan menderma kepda yang memerlukan. pelbagai program dilakukan bagi membantu mereka. antaranya rancangan Bersamamu di Tv3. xseperti dinegara-negara yang mengalami masalah ekonomi serta polotik yang tdak stabil.

0 ulasan: