Tuesday, March 10, 2009

YOU NEVER ALONE

tatkala ditim pa musibah, jangan lah mengeluh.. hadapi lah dengan senyuman.. jangan berduka... setiap masalah ada jlan penyelesaian nya.. bergantunglah pada NYA..dan janganlah kamu sesekali berputus harap padaNYA..

Sunday, March 1, 2009

BERSYUKURLAH DENGAN SEKeCIL-KECIL NIKMAT

masih ingatkah lagi lagu "Sendu sendawa" yang dinyanyikan oleh kumpulan Mustika? kalau tak ingat disini saya sertakan liriknya. Semoga dapat dihayati oleh kita semua:

'Tidak sempurna iman
Jika kau tidur dalam kekenyangan
Sedang jiran tetanggamu
Menangis kerana kelaparan' - Al-Hadis
Dua kata yang berbeza dicantum menjadi satu
Tetap tidak kan sama maksudnya
Berlain sifatnya, nilainya, hikmatnya
Sendu dan sendawa
Adakah kau tahu
Siapakah mereka jiran tetanggamu
Pernahkah engkau melihat
Apakah dalam sendu atau sendawa
Kenalilah dan bertegurlah sapa
Dengan akhlak yang mulia
Hidup berjiran susah dan senang
Suka dan duka dirasa bersama
Hak tetangga berkenal bermesra
Hak tetangga menggembirakannya
Hak tetangga bertanya khabarnya
Makan minumnya semua Kenalilah jiran kita
Hormatilah kita sesama kita
Hormatilah jiran kita, bersaudara...
Hak tetangga menutup aibnya
Hak tetangga doakan mereka
Hak tetangga menjaga hartanya
Sakit demamnya
Hormatilah jiran kita
Kita sesama kita
Bersaudara ibarat pohon tumbuh merendang
Jadi teduhan musafir lalu
Hujan dan panasnya
Bersaudara ibarat tubuh manusia
Satu anggota terasa sakit
Sakitlah seluruh anggotanya Sumbangan dari: http://qirana.cjb.net/
Didalam lirik ini menyeru kita supaya mengambil berat akan keadaan jiran kita. Kesihatannya, makan minumnya serta menjaga aibnya. Betapa didalam Islam kita disuruh supaya tidak mementingkan diri sendiri. Kita semua adalah berjiran. xkirala jiran sebelah rumah, kampung, negeri malah negara. Wajib juga kita menutup keaiban jiran kita. xusah la nak mengungkit kisah silam atau menyebarkan cerita jiran kita. xada faedahnya. Xpasal2 dapat dosa free. dari mencaci cela sini sana baiklah kita nasihatkan dia untuk berubah. Jangan dipinggirkan mereka.jangan di biarkan mereka terus terkapai-kapai.
Kita di Malaysia beruntung kerana dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah sehingga tanpa kita sedari kita telah melakukan perkara yang ditegah oleh Islam - iaitu PEMBAZIRAN. walau miskin mana pun kita kat sini, rasanya takder lagi yang mengalami kekurangan zat makanan yang terlampau. Alhamdulillah. Disini masih lagi ada golongan yang bermurah hati untuk bersedekah dan menderma kepda yang memerlukan. pelbagai program dilakukan bagi membantu mereka. antaranya rancangan Bersamamu di Tv3. xseperti dinegara-negara yang mengalami masalah ekonomi serta polotik yang tdak stabil.

NAils Biting

Peoples are so common with biting finger or nails. Biting finger synonim with the failure to get something that we wish to get. While, biting nails is because of habit. what is biting nails. Biting nails or onichophagia is a common oral compulsive habit in children and adults. Almost 30% of children between 7 to 10 years and 45% of teenagers bite their nails. Realize or not, you may bite your nails when you're in stress, excitement or in times of boredom or inactivity. This habit also be influenced by family or friends. Nail-biting is the most common of the typical "nervous habits," which include thumb-sucking, nose-picking, hair-twisting or -pulling, tooth-grinding, and picking at skin. You might be involved in another activity, such as reading, watching television, or talking on the phone, and bite your nails without thinking about it. Nail-biting includes biting the cuticle and soft tissue surrounding the nail as well as biting the nail itself. Nail-biting may occur with other body-focused repetitive behaviors (BFRB) such as hair-pulling or skin-picking. What are the effects of biting nails??
  • fingertips to be redsore and your cuticles to bleed
  • increase the infectious potential arround your nailbeds and in your mouth
  • dental problems and gum's infection
  • in the long run, this habit may cause abnormality to growth of nails

What treatments are available for nail-biting?

  • Keep your nails trimmed and filed.
  • Taking care of your nails can help reduce your nail-biting habit and encourage you to keep your nails attractive.
  • Try stress-management techniques if you bite your nails because you are anxious or stressed.
  • Try substituting another activity, such as drawing or writing or squeezing a stress ball or Silly Putty, when you find yourself biting your nails. If you keep a record of nail-biting, you will become more aware of the times when you bite your nails and be able to stop the habit.
  • Wear gloves, adhesive bandages, or colored stickers whenever possible to remind you not to bite your nails.
  • Snap a rubber band on the inside of your wrist when you start to bite your nails so you have a negative physical response to nail-biting.
  • Children may bite their nails more often when they are having problems at school or with friends.
  • Talk with your child or his or her teacher about any new stress at school. Children are more likely to stop biting their nails when they understand what may trigger it. It is also important for your child to help choose a treatment method so he or she can use the treatment successfully.

ANAK YANG SOLEH

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T. Setiap kali Dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada Nabi-nabi lain. Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah . “Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?” Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah beberapa hari dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan. Dengan pertolongan beberapa orang penduduk disitu Beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam Beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa.Dia terus masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian Dia keluar sambil membawa seekor bab* Betina yang besar. Bab* itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. “Apa hal ini,” kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan. Bab* itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu bab* itu dilapkan sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor bab* Jantan yang lebih besar. Bab* itu juga dimandikan dan dibersihkan,kemudian dilap hingga kering serta dipeluk cium dengan penuh kasih sayang. Bab* itu kemudiannya dihantar semula ke dalam bilik. Selesai kerjanya itu barulah dia melayan Nabi Musa. “Wahai saudara! Apa agama kamu?” “Aku agama Tauhid,” jawab pemuda itu iaitu agama Islam. “Habis mengapa kamu memelihara bab*?” Kita tidak boleh berbuat begitu,”Kata Nabi Musa. “Wahai tuan hamba.”kata pemuda itu. “Sebenarnya kedua bab* itu adalah ibu bapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi bab* yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku sepertimana yang Tuan Hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi bab*,aku tetap melaksanakan tugas aku,”sambungnya. “Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi,”tambah pemuda itu lagi Maka ketika itu juga Allah turunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. “Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibu bapanya. Ibu dan ayahnya sudah buruk dengan rupa bab* pun dia masih berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan makamnya sebagai anak yang soleh disisi Kami” Allah juga berfirman lagi yang bermaksud: “Oleh kerana dia berada di makam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibu bapanya yang Kami sediakan dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga”

CINTA

Hanya sedikit sahaja yang ingin kembali kepada-MU YA ALLAH. Hanya sedikit yang ingin mendapatkan kebahagiaan dan ketenangan hakiki. Termasuklah diriku.
Sedikit sahaja yang sanggup berkorban untuk bahagia di sisi-MU. Sedikit sahaja yang yakin bahawa hanya dengan-MU sahajalah ada ketenangan. Sedikit sahaja yang mendambakan kasih dan perhatian-MU. Termasuklah diriku yang lalai dan jahil ini. YA RABBI, jadikanlah aku hamba-MU yang bersyukur dengan sekecil-kecil nikmat yang KAU berikan, sabar dengan ujian yang ENGKAU timpakan, tawakal dalam usaha, redha dengan ketentuan-MU dan keampunan diatas segala dosaku. Ya allah bagaimana akan ku harungi hidupku andainya tiada cinta-MU di hati ini? Ke mana hendak ku palingkan wajahku ini andainya tiada ruang dihatiku untukku isikan dengan cinta kepada-MU?? Ya rasulku, maafkan aku kerana melupaimu. Maafkan aku kerana lupa akan cintamu kepadaku…. Ya rasulku, aku terlalu asyik mengejar cinta dari ADAM sehingga aku lupa untuk belajar mencintaimu……….